Seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan, masing-masing berusia 3 dan 7 tahun yang mengalami sakit demam panas, batuk dan muntah serta perlu mendapatkan rawatan segera di hospital telah di bawa dari Pos Balar, Gua Musang, Kelantan dengan menaiki pesawat AW139 (9M-BOD) – BOMBA 07 yang dikendalikan oleh PgKB I Mohd Ruzaidi bin Ramlee (Pilot 1) dan PPgB Muhammad Akmaluddin bin Hj. Said (Pilot 2).
Pesawat kemudiannya mendarat di BBP Gua Musang bagi memindahkan kedua-dua pesakit bersama 2 pengiringnya untuk di bawa ke hospital oleh petugas perubatan KKM yang sedia menanti di balai tersebut.
Operasi penerbangan tersebut turut dibantu oleh 3 lagi kru bertugas termasuk AQM dan anggota Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB). Setelah selesai, pesawat berlepas pulang ke ABPM Wilayah Timur, Terengganu dengan selamat.