2 BUAH GERAI DAN TIGA BUAH MOTOSIKAL TERBAKAR DI DALAM KEBAKARAN DI JELUTONG PULAU PINANG

2 BUAH GERAI DAN TIGA BUAH MOTOSIKAL TERBAKAR DI DALAM KEBAKARAN DI JELUTONG, PULAU PINANG

16.4.2024: JBPM Negeri Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan pada jam 10.37 pagi tadi mengenai sebuah kebakaran yang berlaku di hadapan Market Batu Lanchang, Jelutong, Pulau Pinang.Pasukan Bomba daripda BBP Jalan Perak dan BBP Paya Terubong sebagai pasukan bantuan bergegas ke tempat kejadian bersama jentera FRT, RIM, dan Triton.

Operasi ini diketuai oleh TPgB I A’Azelan Bin Hassan bersama-sama 17 orang anggota yang lain.

Menurut Komander Operasi, kebakaran itu melibatkan 2 buah gerai yang berkeluasan 20×70 kaki yang musnah sebanyak 70%.

Kebakaran turut melibatkan 3 buah motosikal iaitu jenis Yamaha NVX anggaran peratusan kemusnahan 60%, Honda EX5 anggaran peratusan kemusnahan 5% dan SYM E-bonus anggaran peratusan kemusnahan 90%.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat.

Komander Operasi membuat “size up” dan mengarahkan anggota dengan PPE lengkap menjalankan kerja-kerja pengawalan dan pemadaman.

Kebakaran dapat dikawal pada jam 10.52 pagi dan telah dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.59 pagi.

Pasukan Bomba seterusnya melakukan kerja-kerja “overhaul” bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.35 pagi dan lokasi diserahkan kepada pihak FIO untuk tindakan selanjutnya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang

Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Perak

Balai Bomba Dan Penyelamat Paya Terubong

English EN Malay MS
Skip to content