Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Batu Layar, di Kota Tinggi ditemukan lemas petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata mayat Muhammad Syahmie Zamzam, 26, ditemukan pada 3.15 petang di kedudukan kira-kira 1,500 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Beliau berkata mayat mangsa telah dikenal pasti oleh warisnya sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi.