13.7.2024: Sebuah kemalangan jalan raya telah berlaku berhampiran Kastam Duty Free, Jalan Forest City, Gelang Patah, Johor melibatkan sebuah kereta Honda Civic yang telah terbabas dan terbalik di bahu jalan.
Terdapat 4 orang mangsa yang terlibat menaiki kenderaan itu.
Pasukan Bomba daripada BBP Iskandar Puteri serta bantuan daripada Bomba Pelabuhan Tanjung Pelepas telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan LFRT serta kenderaan Toyota Hilux sebaik dihubungi tentang kejadian tersebut pada jam 8.50 malam.
Komander Operasi, PBK II Hairul Azwii bin Esrah melaporkan sejumlah 16 anggota Bomba telah ditugaskan dalam operasi tersebut.
Menurut laporan beliau lagi, 3 orang mangsa yang terlibat dan mengalami kecederaan telah keluar sendiri daripada kenderaan sebelum pasukan Bomba tiba.
Manakala, seorang lagi mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba.
Namun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan KKM.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak PDRM tindakan selanjutnya.
3 mangsa yang cedera telah diserahkan kepada petugas perubatan KKM bagi mendapatkan rawatan lanjut.
#BombaPelabuhanTanjungPelepasBalai