Kuantan, 2 julai 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Istana Abdulaziz pagi ini.
Dalam sesi terbabit, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku diberi persembahan taklimat berkaitan hasrat jabatan bagi penganjuran Sambutan Hari Anggota Bomba (SHAB) pada sesi-sesi akan datang di negeri ini serta status pembangunan Balai-balai Bomba di seluruh Negeri Pahang.
Seterusnya Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan meluangkan bagi sesi santapan bersama-sama dif-dif.
Turut sama dalam sesi mengadap YS PKPjB Dato’ Ir. Ts. Dr. Haji Wan Mohammad Zaidi bin Wan Isa, Pengarah JBPM Negeri Pahang.
JBPM merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah atas perkenan baginda menerima sesi mengadap hari ini.