9.7.2024: Sebuah kenderaan ambulan Hospital Parit Buntar telah terbabas ke dalam parit dekat Plaza Tol Kamunting menghala ke Taman Berkat, Kamunting, Perak awal pagi ini.
Pasukan Bomba daripada BBP Kamunting seramai 8 orang diketuai oleh PBK II Muhamad Nurmuizzuddin bin Ahmad Hamide telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS sebaik menerima panggilan pada jam 3.30 pagi .
Terdapat 4 orang mangsa terlibat dalam kejadian itu yang menaiki ambulan tersebut.
Seorang lelaki telah dikeluarkan daripada kenderaan itu dengan bantuan orang awam.
Manakala, 3 lagi mangsa iaitu seorang wanita dewasa yang mengalami kecederaan ringan dan 2 orang lelaki mengalami kecederaan parah, ketiga-tiganya telah dikeluarkan daripada kenderaan oleh pasukan Bomba.
Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping dengan menaiki kenderaan Unit EMRS dan kenderaan Ambulan KKM bagi mendapatkan rawatan segera.
Setelah selesai, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.20 pagi.