10.6.2024: Pada jam 2.05 pagi, JBPM Jabuan menerima panggilan kecemasan tentang kebakaran bot yang berlaku di Marina Awam, Jalan Persekutuuan, Labuan.
Bertindak atas maklumat, 8 anggota Bomba daripada BBP Labuan Sentral telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera LFRT dan kenderaan Unit EMRS sebaik panggilan diterima.
Komander Operasi, PBK I (KUP) Fareez Teo melaporkan, sebuah bot jenis fiber berukuran (6×2) meter telah terbakar kira-kira 40% kemusnahan.
Anggota Bomba telah bertindak menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan alat pemadam api sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.