11.6.2024: Pada jam 8.23 malam, JBPM Negeri Johor dikejutkan dengan panggilan kemalangan jalan raya telah berlaku di km 123.6, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Arah Selatan, Muar, Johor.
Pasukan Bomba daripada BBP Pagoh seramai 6 anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan menaiki jentera LFRT sebaik panggilan diterima.
Komander Operasi, PBK II Jefri bin Hashim melaporkan, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis BMW 3 Series dengan sebuah lori.
Terdapat 4 orang mangsa terlibat yang menaiki kereta BMW tersebut.
Kesemua mangsa didapati telah tersepit di dalam kenderaan itu.
Pasukan Bomba telah bertindak menjalankan operasi penyelamatan bagi mengeluarkan kesemua mangsa daripada kenderaan dengan menggunakan peralatan menyelamat.
Namun, sebaik berjaya dikeluarkan, 3 mangsa iaitu 2 wanita dan seorang lelaki telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.
Mayat kesemua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Manakala, seorang lagi mangsa wanita dilaporkan mengalami kecederaan parah kemudiannya telah dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Setelah selesai, operasi telah ditamatkan pada jam 9.59 malam.