328701482 1130427357511883 496743380056641679 n

Ketua Pengarah JBPM Akhiri Lawatan Kerja Rasmi Beliau Di JBPM Putrajaya Sebelum Bersara

PRESINT 7, 9.2.2023: YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengakhiri sesi Lawatan Kerja Rasmi terakhir beliau di JBPM Putrajaya pada petang tadi.

Kehadiran YAS Ketua Pengarah telah disambut oleh YS PgKB I Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Putrajaya di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Putrajaya, Presint 7.YAS Ketua Pengarah telah menerima Hormat Panglima sejurus tiba di perkarangan Ibu Pejabat tersebut sebelum membuat pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan.

Turut diadakan dalam sesi lawatan tersebut adalah Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba dan Sijil Perkhidmatan 30 tahun JBPM. Majlis telah disempurnakan oleh YAS Ketua Pengarah di dalam Dewan Sutera, JBPM Putrajaya.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah PgKB II Henry Goliong, Timbalan Pengarah JBPM Putrajaya, Pengurusan Tertinggi JBPM Putrajaya serta semua pegawai JBPM Putrajaya.

English EN Malay MS
Skip to content