Ceramah Penghayatan Ramadan yang bertajuk Ahlan Wasahlan Ya Ramadan telah diadakan di Dewan Sutera Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya. Majlis Ceramah ini telah disampaikan oleh Kepten Maritim Ustaz Hj. Kamaruddin bin Hj. Yunoh daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YS PPjB Azmi bin Sadon Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan, semoga beroleh rahmat daripada Allah SWT.
Salam Ramadan Al Mubarak 1446H








