YAS Dato’ Ts.Nor Hisham bin Mohammad menekankan pentingnya untuk menarik “pelaburan” berkualiti tinggi di kalangan pelajar dan remaja sekali gus ia mampu menyuntik minat dalam kalangan mereka bagi menyertai pasukan bomba kelak.
Beliau berkata demikian ketika menjayakan dokumentari penggambaran pada Rabu, 26 Februari 2025 oleh krew produksi Bernama bagi pengurusan tertinggi KPKT dan JBPM berhubung aspirasi, halatuju, misi dan visi sebagai Ketua Pengarah khususnya dan jabatan amnya.
Antara soalan yang diajukan oleh hos dokumentari adalah berkaitan perkembangan semasa pencapaian pelaksanaan Kelab Bomba Cilik (KBoc), Bomba Junior, Kadet Bomba, Briged Bomba Kor Siswa yang semakin mendapat perhatian masyarakat.

