5 BUAH RUMAH SETINGGAN HANGUS TERBAKAR

5 BUAH RUMAH SETINGGAN HANGUS TERBAKAR

MIRI, 23.5.2023: BBP Lopeng, JBPM Negeri Sarawak menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah melalui talian terus ke balai pada jam 11:30 malam yang berlaku di Jalan Pujut 18, Pujut Corner, Miri, Sarawak.  

Pasukan Bomba daripada BBP Lopeng serta bantuan daripada BBP Miri Sentral dengan kekuatan anggota seramai 19 anggota bersama 2 jentera FRT, 2 EMRS dan 1 WATER TANKER telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima.  

Menurut Komander Operasi, PBK I (KUP) Zainal bin Ali, kebakaran melibatkan lima buah rumah setinggan jenis tidak kekal hangus terbakar 100 peratus. Rumah pertama berkeluasan 8×10 kaki persegi, rumah kedua berkeluasan 30×12 kaki persegi, manakala rumah ketiga dan keempat berkeluasan 50×40 kaki persegi dan rumah kelima berkeluasan 20×10 kaki persegi.  

Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi memadamkan kebakaran menggunakan teknik offensive dan defensive menggunakan sumber air dari pam jentera dan pili bomba berhampiran.

  Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. Punca kebakaran masih dalam siasatan. Setelah memastikan keadaan dilokasi benar selamat, operasi ditamatkan pada jam 2:50 pagi.

English EN Malay MS
Skip to content