PASUKAN PUSPEK JBPM HADIR KE 8TH INTERNATIONAL WILDLAND FIRE CONFERENCE DI PORTUGAL

PORTUGAL: Pada 16 hingga 19 Mei 2023, Pasukan Pusat Penyelidikan Kebombaan (PUSPEK), gabungan Kumpulan Inovasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor serta Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (R&P), JBPM yang di ketuai oleh PPjB Ts. Dr. Ahmad Faiz bin Tharima, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Timur dan dianggotai oleh PgKB ll Ts. Nur Hafizah binti Mohammad Lukman (Bahagian R&P), PBK ll Mohd Taufik Abd Majid (BBP Kluang) dan PBK ll Juazman Miskon (BBP Kluang) telah menghadiri 8th International Wildland Fire Conference di Porto, Portugal.

Sepanjang berada di Portugal, turut diadakan sesi Lawatan Formatif ke Forest Fire Research Laboratory, University of Coimbra dan Companhia Bombeiros de Sapadores De Coimbra (Coimbra Fire Station).

Pasukan PUSPEK ini yang membawa nama JBPM khususnya itu berada di Portugal bermula 14 hingga 31 Mei 2023 bagi melengkapkan sesi lawatan formatif dan persidangan antarabangsa tersebut.

Seminar dan lawatan ni adalah bertujuan bagi membina rangkaian di peringkat antarabangsa, penambahbaikan peralatan inovasi Forest Fire G.S Mark lll dan sesi bertukar pandangan dan pengalaman berkenaan cara terbaik bagi pemadaman kebakaran hutan.

Seminar dan lawatan ini ditaja sepenuhnya oleh WWF Malaysia melalui geran yang diperuntukan dalam pertandingan XFIRE Innovation Challenge yang telah diadakan pada tahun 2022 di Klias Peat Swamp Field Centre, Beaufort, Sabah.

Turut serta dalam sesi seminar ini adalah YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), JBPM dan YS PKPjB Kamarulzaman Malik Abdullah, Pengarah R&P, JBPM. Kehadiran Pengurusan Tertinggi JBPM ini adalah ditanggung oleh Dana German Agency for International Cooperation (GIZ).

Pembentangan bertajuk ‘Forest and Peatland Fire Management – best practices and challenges in ASEAN, examples from Indonesia and Malaysia’ telah disampaikan oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad yang mewakili JBPM bersama YBhg. Dato’ Ahmad Fadzil bin Abd Majid yang mewakili Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).

English EN Malay MS
Skip to content