349188647 930145671436162 4761932456125182534 n

KPKT PERKASA PERKHIDMATAN KEBOMBAAN MELALUI 3 NOU & KONTRAK YANG DITANDATANGANI SEMPENA LIMA 2023

Sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2023, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini telah memeterai tiga (3) Nota Persefahaman (NoU) bagi perkongsian pintar dengan pihak Kementerian Pengangkutan melalui Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JKOA) dan Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).  

Ketiga-tiga NoU ini merangkumi kerjasama strategik berkaitan Perkhidmatan Helikopter Emergency Medical Air Ambulance Rescue Service (EMARS) yang merupakan perkhidmatan bantuan pengangkutan perubatan melalui udara dan pengurusan bencana dengan fokus khusus kepada bantuan perubatan dan pemindahan pesakit termasuk komuniti luar bandar serta pengurusan kemalangan jalan raya di lebuh raya utama di Malaysia.  

Selain itu, perkongsian ini juga bertujuan untuk meningkatkan kecekapan agensi-agensi terlibat dalam mengendalikan insiden bencana udara dan bidang yang berkaitan selain memperkukuhkan lagi aspek keselamatan awam dan keupayaan tindak balas bencana.  

Ia merupakan langkah strategik dalam memastikan tindak balas kecemasan dapat dilaksanakan dengan lebih profesional serta memberikan impak yang positif terhadap mutu perkhidmatan kecemasan di Malaysia.  

#StrongerTogether#UnityInDiversity#DemiPertiwi#MalaysiaMadani

English EN Malay MS
Skip to content