KEBAKARAN KABEL PANEL SOLAR SEBUAH KILANG DI BAYAN LEPAS

KEBAKARAN KABEL PANEL SOLAR SEBUAH KILANG DI BAYAN LEPAS

14.4.2024: Pada jam 12.10 tengah hari, JBPM Negeri Pulau Pinang dikejutkan dengan panggilan kebakaran telah berlaku di sebuah kilang dekat Kawasan Perindustrian Bayan Lepas Fasa 4, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Sejumlah 23 anggota Bomba daripada BBP Bayan Baru dan BBP Seri Balik Pulau telah ditugaskan ke lokasi kejadian bersama 2 jentera FRT, 1 jentera water tanker, 2 kenderaan Unit EMRS serta 1 jentera HAZMAT sebaik panggilan diterima.

Komander Operasi, TPgB II Azrul Khairi bin Abu Bakar melaporkan, kebakaran yang berlaku melibatkan kabel di panel solar di bahagian atas bangunan kilang berkenaan.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebahagian kecil panel solar bersaiz 60×30 kaki per segi dan beberapa perkakasan elektrikal yang lain.

Anggaran peratusan kebakaran adalah 40%Kerja-kerja pengawalan dan pemadaman kebakaran telah dijalankan oleh pasukan Bomba.

Kebakaran dapat dikawal pada jam 1.25 tengah hari dan dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.08 petang.

Dalam kejadian itu, terdapat 2 orang mangsa lelaki berusia 37 dan 27 tahun yang terlibat telah dikeluarkan daripada bangunan oleh pasukan Bomba.

Namun, kedua-dua mangsa dilaporkan selamat.Kerja-kerja “overhaul” turut dilakukan oleh pasukan Bomba bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain.

Setelah selesai, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.13 petang dan menyerahkan kepada Pegawai Penyiasatan Kebakaran, JBPM Negeri Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.

Agensi lain yang turut membantu dalam operasi ini adalah Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Mount Erskine dan PBS Paya Terubong, pihak PDRM, pihak TNB dan pegawai perubatan swasta.

Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Balik Pulau

Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang

English EN Malay MS
Skip to content