14 KELUARGA TERLIBAT BANJIR DI CAMERON HIGHLANDS PAHANG

14 KELUARGA TERLIBAT BANJIR DI CAMERON HIGHLANDS, PAHANG

3.4.2024: JBPM Negeri Pahang menerima panggilan kecemasan pada jam 1.18 pagi tadi mengenai kejadian banjir yang berlaku di Kampung Gerak Sepadu, Taman Desa Corina, Cameron Highlands, Pahang.

Pasukan Bomba daripada BBP Cameron Highlands yang diketuai oleh Komander Operasi Kanan PPgB Wan Muhammad Faiz Wan Asri bersama 10 orang anggota bergegas ke tempat kejadian dengan satu unit kenderaan FRT, EMRS dan Urvan.

Menurut Komander Operasi Kanan, terdapat 14 buah rumah telah dinaiki air sedalam 1.5 meter akibat limpahan air sungai Kampung Raja.

Air banjir telah surut sepenuhnya dan tiada sebarang pemindahan mangsa dilakukan.Semua mangsa dari 14 keluarga dilaporkan selamat dan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa banjir telah dilakukan oleh penduduk kampung.

Pasukan Bomba melakukan pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan keadaan selamat dan tiada kemerbahayaan lain.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Pahang

Balai Bomba Dan Penyelamat Cameron Highlands

English EN Malay MS
Skip to content