1.4.2024: JBPM Negeri Pulau Pinang menerima panggilan kebakaran kilang pada jam 5.45 petang, 31 Mac 2024 yang berlaku di sebuah kilang perkakasan (hardware) di Jalan Besar, Simpang Ampat, Pulau Pinang.
Anggota Bomba daripada BBP Sungai Bakap telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera sebaik panggilan diterima.
Kekuatan anggota dan jentera daripada 3 buah balai berhampiran iaitu BBP Bandar Perda, BBP Batu Kawan dan BBP Bukit Mertajam turut digerakkan bagi membantu operasi pemadaman bangunan tersebut.
Menurut Komander Operasi Kanan, PKPgB Mohamad Tarmizi bin Abdul Salam, apabila Pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian didapati benar sebuah kilang memproses bahan-bahan binaan yang berkeluasan dianggarkan 200×100 kaki persegi telah terbakar dengan peratusan kemusnahan ketika sebanyak 40%.
Bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.Pasukan Bomba telah menjalankan kerja-kerja pemadaman kebakaran terhadap bangunan tersebut serta di bantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berdekatan.
Kebakaran dapat dikawal pada jam 6.20 petang dan hanya dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.51 malam. Kerja-kerja “overhaul” telah dijalankan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain dan punca api berlaku.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.40 pagi, 1 April 2024 sebelum menyerahkan kepada pegawai penyiasat JBPM Negeri Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.
Agensi lain yang turut berada di lokasi adalah pihak PDRM dan TNB.
Senarai PBS yang telah terlibat dalam operasi pada kali ini adalah, PBS Taman Merak Jaya, PBS Permatang Tinggi, PBS Valdor, PBS Jalan Rozlan, PBS Kampung Selamat, PBS Bagan Ajam, PBS Kepala Batas, PBS Sungai Jawi, PBS Parit Buntar, Perak, PBS Kampung Cross Street, PBS Taman Sukun, PBS Padang Lalang, PBS Berapit, PBS Machang Bubok, PBS Nibong Tebal, PBS Kampung Jawi, PBS Lunas, Kedah dan PBS Juru.
Balai Bomba Dan Penyelamat Bukit Mertajam , Pulau Pinang
Balai Bomba & Penyelamat Bandar Perda