WhatsApp Image 2023 11 16 at 9.37.57 AM

SESI PERJUMPAAN PENGARAH, BAHAGIAN KESELAMATAN KEBAKARAN, JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERSAMA PEGAWAI BAHAGIAN KESELAMATAN KEBAKARAN JBPM NEGERI SELANGOR

BUKIT JELUTONG, 23 Oktober 2023 – Sesi perjumpaan YS TPjB Othman bin Abdullah, Pengarah, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama Pegawai Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Selangor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Orkid, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor. Ketibaan beliau telah disambut oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Selangor serta Pegawai Bahagian, JBPM Negeri Selangor yang lain.

Sesi perjumpaan yang diadakan ini merupakan libat urus yang pertama beliau selepas dilantik sebagai YS Pengarah, Bahagian Keselamatan Kebakaran, JBPM yang baru. Semoga dengan sesi perjumpaan ini dapat mengeratkan hubungan diantara pengurusan tertinggi Bahagian Keselamatan Kebakaran dan pegawai Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Selangor. Ketua-ketua Zon dan Pegawai Bahagian Keselamatan Kebakaran Zon juga turut hadir ke sesi perjumpaan yang diadakan ini.

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada YS TPjB Othman bin Abdullah atas kenaikan pangkat dan pelantikan sebagai YS Pengarah, Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM yang baru.

English EN Malay MS
Skip to content