WhatsApp Image 2023 11 16 at 9.38.51 AM

LAWATAN KERJA RASMI YS PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SELANGOR KE ZON 3SL KLANG

KAPAR, 24 Oktober 2023: Warga Kerja Zon 3SL Klang telah meraikan kehadiran YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor Sempena Lawatan Kerja Rasmi yang telah diadakan bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Kapar.

Ini merupakan sesi Lawatan Kerja Rasmi pertama YS Pengarah ke Zon 3SL Klang selepas dilantik sebagai YS Pengarah JBPM Negeri Selangor.

Turut hadir meraikan sesi Lawatan Kerja Rasmi ini adalah Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon 3SL Klang, Ketua-ketua Balai dibawah Zon 3SL Klang, Pegawai Kanan dan Kakitangan Zon serta Balai-balai di bawah Zon 3SL Klang.

Majlis Lawatan Kerja Rasmi diakhiri dengan menandatangani Buku Lawatan serta bergambar kenang-kenangan bersama pegawai dan kakitangan Zon 3SL Klang.

English EN Malay MS
Skip to content