WhatsApp Image 2023 11 16 at 9.36.42 AM

LAWATAN PERTUBUHAN SENI SILAT GAYONG MALAYSIA KE JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM, 21 Oktober 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor hari ini hadir sertai Program Lawatan dari Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia ke Bomba yang telah diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Selangor.

Seramai 200 orang ahli Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia termasuk Ibu Bapa yang hadir memeriahkan Program Lawatan ke Bomba yang diketuai oleh Yang Di-Pertua Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Dato’ Pahlawan Mohd Razif bin Haji Idris.

Mereka yang hadir diberikan taklimat keselamatan dan didedahkan dengan teknik menyelamatkan diri semasa berlaku sebarang kecemasan serta teknik pemadaman kebakaran didapur serta teknik pemadaman menggunakan alat pemadam api. Mereka juga didedahkan dengan peralatan EMRS yang digunakan bagi memberikan bantuan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan.

Turut hadir program ini adalah Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Negeri Selangor, Ketua Balai, BBP Shah Alam dan Pegawai-pegawai Pejabat Zon 1SL serta BBP Shah Alam.

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar kenangan bersama semua yang terlibat.

English EN Malay MS
Skip to content