Bukit Jelutong, 10 Julai 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail hadir menyempurnakan sesi libat urus bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Negeri Selangor.
Sesi libat urus ini melibatkan semua Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Negeri Selangor bagi membincangkan hala tuju PBS Negeri Selangor dan permasalahan yang ada dalam memberikan perkhidmatan kebombaan untuk membantu jabatan dalam memberikan khidmat kepada masyarakat semasa kes kecemasan.
Turut hadir dalam sesi libat urus ini Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Selangor, dan wakil Cawangan Bomba Sukarela dan Pasukan Bomba Bantuan dari Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM.
Sesi libat urus berakhir dengan sesi soal jawab dan perbincangan hala tuju masa hadapan.
YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail sempat bergambar bersama semua Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang hadir.