PELABUHAN KLANG, 10 Julai 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor adakan Kunjungan Hormat ke atas Pengarah Kastam Zon Tengah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Negeri Selangor sebagai rakan strategik jabatan.
Kunjungan Hormat diadakan bagi membincangkan berkaitan Keselamatan Kebakaran yang perlu serta hal-hal berkaitan isu keselamatan dan perlindungan kebakaran termasuk prosedur dan perkara yang berkaitan dengannya serta berkolaborasi antara 2 agensi.
Turut hadir bersama Pengarah adalah PgKB I Ahmad Mukhlis bin Mukhtar, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Ketua Zon 3, Klang, wakil Penolong Pengarah BKK dan Ketua Balai BBP Pulau Indah, JBPM Negeri Selangor.
Sebelum berakhir program kunjungan hormat Pengarah berkesempatan menandatangani buku lawatan dan bergambar bersama Puan Siti binti Mang Pengarah, Kastam Zon Tengah dan Pegawainya. Pengarah juga turut menyampaikan cenderahati barangan kempen keselamatan kebakaran untuk kenang-kenangan.