Kuala Kubu Bharu, 5 Julai 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor Tahun 2024.
Majlis yang diadakan di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor, Kuala Kubu Bharu ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, pegawai-pegawai kanan jabatan, guru-guru kadet, guru-guru pengiring serta wakil-wakil agensi kerajaan.
Kadet Bomba dan Penyelamat Daerah Klang telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024 yang menyaksikan sebanyak 9 buah daerah bertanding dalam 6 kategori pertandingan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia