BUKIT JELUTONG, 18 Mei 2023 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor akan diadakan Pengauditan Pengurusan Perkhidmatan JBPM selama 4 hari dari 18 hingga 24 Mei 2023 oleh pegawai Jabatan Audit Negara bagi menjalankan pengauditan terperinci yang melibatkan semakan dokumen serta lawatan fizikal ke JBPM Negeri Selangor bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia. Majlis Pembukaan Taklimat audit disempurnakan oleh PPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Selangor dan dihadiri Penolong-penolong Pengarah Bahagian serta Ketua-ketua Zon Negeri Selangor.