PETALING JAYA, 19 Mei 2023 – PgKB I Hafisham bin Mohd Noor, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor hadir atas Kunjungan Hormat ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dalam membincangkan agenda pemerkasaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam operasi Bomba.
Antaranya ialah Audit KKP yang bakal dilaksanakan serta bagaimana audit ini kelak boleh membantu JBPM Negeri Selangor amnya mengetahui tahap pencapaian gred KKP dalam operasinya serta kaedah mempertingkatkan kualiti KKP dari semasa ke semasa. Turut dihadiri bersama PKPgB Mohammad Razi bin Abdul Muttalib dan PBT I Muzammir bin Mohd Salim, Bahagian Operasi JBPM Negeri Selangor.