BUKIT JELUTONG, 14 April 2023 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor mengadakan Ceramah Khas Wanita kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Selangor bertajuk “Gangguan Seksual, Skandal dan Hubungan Terlarang di Tempat Kerja” khas kepada Pegawai Bomba Wainta JBPM Negeri Selangor bertempat di Dewan Cemerlang, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor.
Ceramah disampaikan oleh ASP Norhairolfazidah binti Chek Ani dari IPK Selangor diiringi oleh TPgB II Nor Najila binti Budin, Pegawai Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Negeri Selangor. Turut hadir Pegawai-pegawai kanan , pegawai bomba wanita dan kakitangan gunasama JBPM Negeri Selangor bagi turut serta dalam majlis ini.
YS PKPjB Morni bin Mamat telah menyampaikan cenderhati kepada ASP Norhairolfazidah binti Chek Ani bagi tanda penghargaan majlis diadakan.