WhatsApp Image 2023 11 16 at 9.42.08 AM

PELANCARAN KESIAPSIAGAAN MONSUN TIMUR LAUT (MTL) DAN PROGRAM KESELAMATAN AKTIVITI DI AIR TAHUN 2023/2024 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SELANGOR

CYBERJAYA, 28 Oktober – Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut (MTL) dan Program Keselamatan Aktiviti Di Air (MKAA) Tahun 2023/2024 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah diadakan di Taman Tasik Cyberjaya, Selangor.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Pembangunan Belia & Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan & Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian Sijil Bomba Komuniti dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna disampaiakan oleh YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi dan seterusnya menyempurnakan gimik pelancaran Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut (MTL) dan Program Keselamatan Aktiviti Di Air (MKAA) Tahun 2023/2024 dengan menyaksikan demonstrasi penyelamatan di air bersama agensi yang terlibat Pasukan Bomba, Pasukan ATM, Pasukan PDRM, Pasukan APM, Skuad PANTAS dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Turut diadakan program pameran daripada agensi-agensi yang terlibat dengan program pada kali ini.

YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor, Pegawai Daerah Sepang, Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Sepang, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan SUK, Ahli-ahli Majlis Daerah Sepang serta Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri Selangor bersama Agensi-agensi keselamatan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Daerah Sepang.

English EN Malay MS
Skip to content