WhatsApp Image 2023 11 16 at 9.43.22 AM

LAWATAN KERJA RASMI YAS DATO’ SRI ABDUL WAHAB BIN HJ. MAT YASIN, KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA KE JBPM NEGERI SELANGOR

Bukit Jelutong, 1 November 2023 – JBPM Negeri Selangor telah diadakan Majlis Lawatan Kerja Rasmi YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ke JBPM Negeri Selangor bertempat di Perkarangan Ibu Pejabat. Ketibaan YAS Dato’ Sri, Ketua Pengarah telah diiringi oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah bersama PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah, Penolong-penolong Pengarah Bahagian serta Ketua-ketua Zon, JBPM Negeri Selangor ke pentas utama bagi menerima Hormat Panglima dan seterusnya memeriksa Pembarisan Kehormat JBPM Negeri Selangor.

Sempena lawatan ini, YAS Dato’ Sri diiringi YS Pengarah JBPM Negeri Selangor ke Gimik Penanaman Pokok bersama Datin Sri di Taman Bunga Raya, PERISMA di hadapan Bangunan Ibu Pejabat dan menandatangani buku lawatan di Ruang Legar Utama Ibu Pejabat, JBPM Negeri Selangor.

YAS Dato’ Sri juga turut Menyempurnakan Majlis Pemakaian Tanda Pengkat kepada 60 orang pegawai yang terdiri daripada Seorang Pegawai Gred KB38(KUP), 21 Pegawai Gred KB24(KUP) dan 38 Pegawai Gred KB22(KUP) yang dilangsungkan di Dewan Bakawali.

Sebelum berakhir YAS Dato’ Sri dan Datin Sri sempat bergambar bersama-sama Pengurusan Tertinggi dan Penerima Tanda Pangkat serta Jawatankuasa PRISMA, JBPM Negeri Selangor

English EN Malay MS
Skip to content