WhatsApp Image 2023 11 16 at 9.40.41 AM

LAWATAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN OPERASI (BPO) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM KE FIRE POST PULAU INDAH JBPM NEGERI SELANGOR

PULAU INDAH, 26 Oktober 2023 – Bertempat di Fire Post Pulau Indah, Klang telah diadakan Sesi Lawatan dari Bahagian Pembangunan Operasi (BPO) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diketuai Encik Mohd Nazri bin Dollah, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perkhidmatan Awam bersama Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Encik Ahmad Huzairi bin Rawee bagi melawat dan mendengar taklimat berkaitan Permohonan Penjawatan bagi Fire Post, Pulau Indah oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor.

Bahagian Pembangunan Operasi (BPO) Jabatan Perkhidmatan Awam juga turut melawat setiap kawasan di Fire Post Pulau Indah.

Turut hadir ke Majlis Lawatan ini adalah YS TPjB Nordin bin Pauzi, Pengarah, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM bersama YS PKPjB Azlimin bin Mat Noor, Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM serta Encik Rosnadi bin Majid, Pengarah Bahagian Pengurusan JBPM.

Didalam majlis tersebut juga Wakil dari Unit Pengesan JBPM (K9) turut membuat pembentangan bagi Penjawatan kepada Bahagian Pembangunan Operasi (BPO) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), semoga dengan penerangan dan pembentangan yang disampaikan pada hari ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

English EN Malay MS
Skip to content