12 Oktober 2022 (Selasa) – JBPM Negeri Selangor telah mengadakan Pelancaran Kesiapsiagaan JBPM Negeri Selangor menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023 yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor bertempat di BBP Shah Alam. Turut hadir sama YB Dato ‘ Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Pegawai2 Daerah Negeri Selangor bagi memeriahkan pelancaran tersebut. Majlis turut mengadakan penyampaian Vest Bomba Kominiti dan taklimat kesiapsiagaan JBPM Negeri Selangor menghadapi MTL.

