29 September 2022 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Latihan Asas Water Confident menghadapi Monsun Timur Laut (MTL)di Tasik Saujana Putra, Jenjarom Selangor. Latihan ini melibatkan 17 Orang wartawan telah berjaya mengikuti latihan asas ini dengan jayanya dan latihan ini diketuai oleh PgKB II Mustakim bin Rimon dan PKPgB Juyana bin Azlan@Musa. Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan latihan ini.