Majlis Penutupan Kursus Penyelamatan Pasukan ‘Serve Rescue’ 2022 telah diadakan bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, anjuran Majlis Sukan Negeri Selangor bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.Majlis turut dihadiri oleh YB Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, EXCO Generasi Muda, Sukan & Modal Insan Negeri Selangor, YBrs. Tuan Mohamad Zahri bin Samingon, Tim Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Selangor, YBrs. Tuan Mohamad Nizam bin Marjugi, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor dan Tim. Pengarah Bomba Selangor, PPjB Wan Md Razali bin Haji Wan Ismail. Untuk makluman, kursus ini diadakan selama 5 hari bermula pada 13 sehingga 17 Oktober 2022 dan disertai oleh seramai 33 orang sukarelawan di negeri Selangor. Antara pengisian kursus adalah Water confident, CPR, Kawad Kaki, Penyelamatan di Air, dan Pengendalian Bot diberikan sepanjang kursus ini diadakan.Jabatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang terlibat dan warga kerja MSN Selangor di atas komitmen yang diberikan sepanjang kursus ini berlangsung.

