BUKIT JELUTONG, 21 Julai 2023 – JBPM Negeri Selangor telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Majlis Pelancaran Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan (UKTK BIG BANG) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada kali ini.
Acara yang julung kali diadakan ini telah dilancarkan oleh YS PKPjB Dato’ Hj. Norazam bin Khamis, Pengarah Bahagian Latihan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Turut hadir memeriahkan majlis pelancaran adalah YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, PPjB Nor Ariffin bin Kamari, Timbalan Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, JBPM Negeri Selangor, Pegawai-pegawai Kanan Ibu Pejabat, JBPM, Ketua-ketua Zon, Ketua-ketua Balai, Pegawai-pegawai Kanan dan wakil-wakil Balai, JBPM Negeri Selangor.
Semasa ucapan pelancaran, YS Pengarah, Bahagian Latihan, telah menyatakan bahawa UKTK ini adalah proses wajib bagi setiap anggota bomba dalam
pelaksanaan operasi kebombaan antaranya:
i. Pengendalian Tangga
ii. Pengendalian Hos
iii. Pembiasaan Pemakaian PPE
IV. Pengendalian Mangsa
v. Pengendalian Peralatan
vi. Memotong dan Membuka Laluan
Bagi menyempurnakan gimik pelancaran (pelepasan acara), YS Pengarah, Bahagian Latihan, JBPM dan YS Pengarah, JBPM Negeri Selangor turut meluangkan masa untuk menyaksikan pelaksanaan UKTK BiG BANG yang dilakukan oleh Pegawai-pegawai JBPM Negeri Selangor.
Majlis pelancaran ini juga turut disaksikan oleh JBPM Negeri-negeri melalui dalam talian menggunakan Aplikasi Zoom dan pelaksanaan UKTK BiG BANG ini dilaksanakan serentak oleh semua negeri.