SHAH ALAM, 21 Julai 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Program Kunjungan Hormat Ke Pejabat YBhg. Profesor Tan Sri Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid, Presiden, MSU Selangor.
Program bagi mewujudkan kerjasama strategik JBPM dengan MSU dalam pelbagai aspek, khususnya Keselamatan Kebakaran.
Turut hadir semasa pertemuan ini adalah PgKB I Md Ridzuan Bin Hj Hasan, Ketua Zon 1SL Shah Alam.
Sebelum berakhir pertemuan tersebut, YS Pengarah menyampaikan cenderahati dan bergambar kenangan bersama YBhg. Profesor Tan Sri Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid, Presiden, MSU.