SHAH ALAM, 20 Julai 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Program Kunjungan Hormat Ke Pejabat, YB Dato’ Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Program ini bagi memperkenalkan Pengurusan Tertinggi yang baru disamping bertukar-tukar pandangan dalam Aspek Keselamatan Kebakaran dan Pengurusan Bencana Negeri.
Turut hadir Program Kunjungan pada kali ini adalah PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah dan PgKB I Farid Asyhadi bin Assa’ad, Penolong Pengarah Bahagian Keselatan Kebakaran, JBPM Negeri Selangor.
YS Pengarah juga sempat menyampaikan cenderhati dan bergambar kenangan bersama YB Dato’ Haji Haris bin Kasim.