WhatsApp Image 2023 11 16 at 9.39.42 AM

KUNJUNGAN HORMAT EXCO BELIA SUKAN DAN KEUSAHAWANAN BERSAMA PENGARAH EKSEKUTIF MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR DAN PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELAGOR

BUKIT JELUTONG, 25 Oktober 2023 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor telah diadakan Kunjungan Hormat Exco Belia Sukan dan Keusahawanan, Majlis Sukan Negeri Selangor dan Jabatan Belia Sukan Negeri Selangor ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.

YS Pengarah menyambut baik kehadiran YB Tuan Najwan Halimi, Exco Belia Sukan dan Keusahawanan bersama Tuan Mohamad Nizam bin Marjugi, Pengarah Eksekutif, Majlis Sukan Negeri Selangor dan Puan Azura binti Sarbin, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

Kunjungan Hormat diadakan bagi membincangkan berkaitan kerjasama strategik bersama pihak Majlis Sukan Negeri Selangor berkaitan keselamatan dan perlindungan bangunan, termasuk latihan kebakaran, prosedur dan perkara yang berkaitan dengannya. Turut hadir adalah Penolong-penolong Pengarah Bahagian serta Pegawai Perhubungan Awam.

YB Tuan Najwan bin Halimi bersama Pengarah Eksekutif dan Pengarah Belia Sukan Negeri Selangor menandatangani buku pelawat serta bergambar bersama Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri Selangor.

English EN Malay MS
Skip to content