WhatsApp Image 2023 11 16 at 9.44.07 AM

KUNJUNGAN HORMAT YS PENGARAH KE ATAS PENGARAH, PENDAKWAAN NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM, 8 November 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor adakan Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Puan Ku Hayati binti Ku Haron, Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor bertempat di Bilik Mesyuarat Pendakwaan, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Selangor.

Kunjungan Hormat diadakan bagi membincangkan berkaitan kerjasama strategik bersama Penasihat Undang-undang Negeri Selangor serta hal-hal berkaitan pendakwaan melibatkan isu keselamatan dan perlindungan kebakaran termasuk prosedur dan perkara yang berkaitan dengannya.

Turut hadir bersama YS Pengarah adalah PgKB I Norizham bin Mohd Nudin, Penolong Pengarah, Bahagian Penyiasatan Kebakaran, PgKB II Bukhari bin Ahmad, Ketua Cawangan Penguatkuasa dan Ketua Cawangan Pendakwaan JBPM Negeri Selangor.

Sebelum berakhir program kunjungan hormat YS Pengarah berkesempatan bergambar bersama Pengurusan Tertinggi Pegawai Pendakwaan Negeri Selangor serta menyampaikan cenderahati barangan kempen keselamatan kebakaran kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor.

English EN Malay MS
Skip to content