2 Jan

KUNJUNGAN HORMAT KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

02 Januari 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor telah melakukan kunjungan hormat kepada Datin Paduka Mastura Hj Muhamad, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Kunjungan hormat ini sebagai tanda perkenalan YS Pengarah Bersama Pengarah PPAS selain membincangkan hubungan strategik diantara JBPM Negeri Selangor dan PPAS.

Selain kunjungan hormat, YS Pengarah turut dibawa melawat Pustaka Raja Tun Uda bagi melihat kemudahan-kemudahan yang terdapat di perpustakaan tersebut.

Turut Hadir dalam kunjungan hormat ini adalah Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran dan pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Selangor.

English EN Malay MS
Skip to content