BUKIT JELUTONG, 26 Julai 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah bersama PPjB Nor Arifin bin Kamari Timbalan Pengarah JBPM Negeri Selangor menerima kunjungan dari pihak pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Pertemuan ringkas tersebut telah diadakan di Pejabat YS Pengarah membincangkan isu-isu kebajikan dan pengurusan bantuan kecemasan semasa bencana dan Pelan Pembangunan Masyarakat dan Ummah.
Turut dibincangkan isu-isu keselamatan kebakaran di premis-premis milik YaPIEM dan latihan keselamatan kebakaran bagi kakitangan YaPIEM.
Pihak Pengurusan YaPIEM yang diketuai oleh Puan Sharina Ramli
(Pengarah Kanan), Encik Isa Mokhtaruddin
(Ketua Bahagian) dan Encik Firdaus bin Mohamad (Pemangku
Pengurus Negeri YaPEIM Selangor) serta 2 org pegawai yang turut hadir dalam pertemuan tersebut.