SHAH ALAM, 26 Julai 2023: Warga Kerja Zon 1SL Shah Alam telah meraikan kehadiran YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor Sempena Lawatan Kerja Rasmi bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.
Ini merupakan sesi Lawatan Kerja Rasmi pertama beliau ke Zon 1SL Shah Alam sebagai YS Pengarah selepas dilantik pada 2 Jun 2023 yang lalu.
YS Pengarah turut menyempurnakan Majlis Perasmian Sudut Tarikan Kreatif BBP Shah Alam.
Mengiringi kehadiran YS Pengarah adalah, PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah, Ketua Zon 1SL Shah Alam serta Penolong-penolong Pengarah Bahagian dan Ketua-ketua Balai dibawah Zon 1SL Shah Alam.
Majlis turut dihadiri oleh semua pegawai kanan Zon 1SL Shah Alam serta semua pegawai dan kakitangan balai-balai dibawah Zon 1SL Shah Alam.