27 Julai 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah sempena Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Negeri Selangor bertempat di Pusat Ko-kurikulum Negeri Selangor, Kem Tekali, Ampang, Selangor.
Perkhemahan Kadet Bomba ini telah dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Antara pertandingan lain yang diadakan pada perkhemahan kali ini adalah Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Ikatan dan Simpulan, Pertandingan Kawad Operasi Kering Berhalangan dan Pertandingan Kuiz Kebomaan.
Pasukan Kadet Bomba Daerah Petaling Perdana telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Setelah menjuarai tiga kategori pertandingan iaitu Aspec Challange Perempuan, Kuiz dan Brain & Brawn Lelaki dalam Perkhemahan Kadet Bomba pada kali ini.
Turut hadir semasa Majlis Perasmian adalah Puan Norfadzilah Binti Rosdi, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Puan Marsitah Binti Mustafa, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Zon dan Pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Selangor.