BUKIT JELUTONG, 5 Januari 2024 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor telah diadakan Kunjungan Hormat Airport Fire Rescue Service (AFRS) Malaysia Airports Holdings ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.
YS Pengarah menyambut baik kehadiran YBrs. Tuan Muhammad Hidayat bin Ismail, Pengurus Besar AFRS.
Kunjung Hormat diadakan bagi membincangkan berkaitan kerjasama strategik bersama pihak Pengurus Besar AFRS berkaitan keselamatan dan perlindungan bangunan, termasuk latihan kebakaran serta latihan simulasi operasi dan perkara yang berkaitan dengannya. Turut hadir adalah Timbalan Pengarah dan Penolong-penolong Pengarah Bahagian JBPM Negeri Selangor.
Majlis berakhir dengan menandatangani buku lawatan dan sesi bergambar bersama Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri Selangor.
Wan Md Razali
Airport Fire and Rescue Service – AFRS, KLIA