BUKIT JELUTONG, 9 Januari 2024 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Penyerahan Nota Serah & Terima Tugas Ketua Cawangan, Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO), Ketua Zon 7 dan Ketua Balai yang telah bertukar. Majlis ini disaksikan oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah dan PPjB Nor Arifin bin Kamari Timbalan Pengarah serta Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Selangor bertempat di Dewan Cemerlang, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor hari ini. Majlis Penyerahan Nota Serah & Terima Tugas ini turut dihadiri Penolong-pengarah Bahagian, Ketua-ketua Zon, Ketua-ketua dan Pegawai Kanan bagi menjayakan Majlis tersebut.
Turut diadakan bacaan lafaz ikrar akauntabiliti dan integriti oleh semua pegawai yang hadir diketuai oleh PgB Mohd Azlan bin Mohd Radzali, Ketua Cawangan Keselamatan dan Kesedaran Awam.
Wan Md Razali