Shah Alam, 12 Januari 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor hadir ke atas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor, YBhg. Tuan Ir. Hj. Lokman bin Hj. Nasir.
Turut hadir PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah, Pegawai Perhubungan Awam dan Pegawai Pembangunan JBPM Negeri Selangor.
Kunjung Hormat ini bagi bertukar-tukar pandangan dalam aspek keselamatan kebakaran dan kempen yang telah dirancang bersama rakan strategik berkaitan dengan JBPM Selangor.
Turut dibincangkan adalah kerjasama strategik bagi pemantauan projek JBPM JKR antaranya pembinaan balai BBP Ukay Perdana, BBP Seksyen 7 Shah Alam dan MOB Subang serta lain-lain projek.
YS Pengarah serta pegawai turut dibawa melawat bilik AKRAB JKR Selangor dan diterangkan fungsi serta kegunaan bilik tersebut.
Wan Md Razali