BUKIT JELUTONG, 17 Januari 2024 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor telah diadakan Kunjungan Hormat Kapar Energy Sdn. Bhd ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.
YS Pengarah menyambut baik kehadiran YBhg. Tuan Ir. Ts. Haji Ahmad Afzainizam bin Mokhtar, Ketua Pegawai Operasi (COO).
Kunjungan Hormat diadakan bagi membincangkan berkaitan kerjasama strategik bersama pihak Pengurus Kapar Energy Sdn Bhd berkaitan keselamatan dan perlindungan bangunan, termasuk prosedur dan perkara yang berkaitan dengannya. Turut hadir adalah Penolong-penolong Pengarah Bahagian JBPM Negeri Selangor.
YBhg. Tuan Ir. Ts. Haji Ahmad Afzainizam bin Mokhtar, Ketua Pegawai Operasi (COO) menandatangani buku pelawat dan bergambar kenangan bersama Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri Selangor.
Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz,Kapar Energy Venture.
Wan Md Razali