KLIA – PBK I Noor Fazida Tina binti Mohammad Noor dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah terpilih ke Spiez, Switzerland bagi mengikuti kursus anjuran Organisation for the Prohibition of Chemical Weapon.
Beliau akan berkursus bermula 1 Julai 2024 sehingga 5 Julai 2024.
Dari lebih 60 pencalonan seluruh dunia, beliau telah melepasi beberapa saringan seperti peperiksaan khas dan sesi temuduga yang akhirnya melayakkan beliau menjadi satu-satunya wakil Malaysia ke kursus ini bersama wakil-wakil dari 25 buah negara yang lain.