Kuala Kubu Bharu, 3 Julai 2024 – Selama tiga hari bermula 3 Julai 2024 sehingga 5 Julai 2024, seramai 288 orang Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor yang mewakili 9 daerah telah menyertai Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024.
Perkhemahan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Perkhemahan Kadet Bomba ini dikelolakan oleh Pejabat Zon 6 Hulu Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor dan SMK Kampong Soeharto.
Sebanyak enam acara telah dipertandingkan sepanjang perkhemahan ini berlangsung antaranya adalah Pertandingan Ikatan dan Simpulan, Aspec Challenge, Brain and Brawn, Inovasi Kebombaan, Kawad Kaki dan Kawad Operasi Berhalangan.