27 Jun 2024 – Telah dilaksanakan Pertandingan Kawad Kecekapan Balai Peringkat Kebangsaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Tahun 2024 yang dikelolakan oleh Bahagian Latihan Ibu Pejabat dan ABPM Wilayah Utara serta di bantu oleh Bahagian Latihan JBPM Negeri Selangor.
Antara balai yang telah dipilih oleh Bahagian Latihan Ibu Pejabat untuk aktiviti kawad kaki dan Breathing Apparatus Tactical Challenge adalah Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong. Manakala aktiviti Fire Fighter Relay Challenge dan Hazmat Operational Level Challenge adalah Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah.
Turut dihadiri olehPenolong Pengarah Bahagian Latihan JBPM Negeri Selangor, PgKB II Mohd Adzwa bin Mohd Salleh serta 3 orang pegawai bahagian Latihan.
Kawad kaki dan Breathing Apparatus Tactical Challenge dilaksanakan pada sebelah pagi manakala Fire Fighter Relay Challenge dan Hazmat Operational Level Challenge pada sebelah petang.