bl8 bl9 bl7 bl6 bl5 bl4 bl3 bl25 bl24 bl23 bl22 bl21 bl20 bl2 bl19 bl18 bl17 bl16 bl15 bl14 bl13 bl12 bl11 bl10 bl1
YBhg Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyempurnakan Majlis Perasmian Pengoperasian Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Sarawak pada pagi ini.
Balai Bomba kelas D tersebut dilengkapi dengan Bangunan Balai, Padang Kawad, Kuarters Kediaman, Setor Logistik dan pelbagai kelengkapan lain di atas tapak tanah seluas 3.33 hektar.
Balai bomba dan penyelamat ini turut dilengkapi dengan aset jentera Fire Rescue Tender jenis Scania, kenderaan pacuan empat roda dan bot penyelamat.
Dengan pengoperasiannya balai bomba dan penyelamat ini menjadikan keseluruhan sebanyak 38 buah balai bomba dan penyelamat beroperasi di Sarawak setakat hari ini.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah JBPM, YS Ts. Nazili bin Hj. Mahmood, Pengarah Bahagian Udara JBPM dan YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, ketua-ketua jabatan kerajaan dan swasta dan ketua-ketua masyarakat di sekitar.