zm1 zm9 zm8 zm7 zm6 zm5 zm4 zm3 zm2 zm16 zm15 zm14 zm13 zm12 zm11 zm10
YB Tuan Dennis Ngau, Ahli Dewan Undangan Negeri N77 Telang Usan menyempurnakan Majlis Penutupan Pertandingan Organisasi Keselamatan Kebakaran Peringkat Bahagian Miri di Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng petang ini.
Pertandingan selama dua hari tersebut telah melibatkan penyertaan seramai 410 orang peserta daripada 46 buah pasukan. Ianya adalah pecahan daripada sebuah perpustakaan, 7 pejabat, 4 hospital dan rumah rawatan, 9 kedai, 15 hotel dan 10 penstoran dan premis lain.
Juara Piala Pusingan YS Pengarah JBPM Negeri Sarawak telah dirangkul oleh Eastwood Valley Resort & Country Club. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat dan PgKB II Pemangku Ketua Zon 6 Sarawak